Wednesday, 19 February 2014

My Wishlist

Salam semua..emm lagi 1 minggu nak masok sem 6,x tau nk wat apa.Course pn x ley daftar lagi,i -learn pn x bukak lg ntok download nota,so kte update blog jela.Terfikir gak nak tulis apa ek,if possible nk tulis something yang bermanfaat pada pembaca..hehhee,tetibe terfikir hmmm better update pasal my wishlist la.Aq ad search gak kat internet psal wishlist ni,kat http://www.travmonkey.com/101-things-to-do-around-the-world/.Well,ad yg mmg aq nk buat,ad yg mmg aq x pernah mimpi nak buat pn!

Wishlist ialah list benda yg aq nak buat,selagi diberi peluang oleh Allah ntok hidup di muka bumi ni :) Ada sesetengah wishlish yg aq dah buat,ad sesetengah(well mostly) yg aq x buat lagi (x de kelapangan masa,duit n of course atas faktor kesihatan). Insyaallah lepas habis jek tempoh 5 tahun recover,hahha,akan ku tunaikan semua wishlist aq..starting from year 2017 onwards :)

Antara wishlist aq 1) Riding a jet-ski,alone(hehe,bru la syok smpai ke tengah laut). Well,yg ini aq da buat,in year 2012 mse bercuti di Penang with family.Bwak jet-ski sendiri,tapi of course la ad abg penjaga kat blakang.Well,aq x reti bwak moto,so agak cuak la if nk bwak jet-ski kan.Tapi abg tu kata jgn risau,dy akan moniter,siap sroh aq bwak smpai ke tengah laut lagi.Mmg best sgat,dgn lajunye,dgn ombaknye,dgn anginnye..fuuhhh naseb baik aq x melayang,tapi abg tu hampir la melayang(hehhe,sorry!)

2)Parachute..yg ni mmg ekstrem tahap cili..hahaha..kepada sesiapa yg gayat,digalakkan jgn mencuba.Well,actually aq gayat gak,tapi x dela teruk sgat.Mula2 aq mmg eksited,but bila dah pkai peralatan,aq dah gabra.Aq ckap dlam hati,boleh ke aq buat..omooo :(... but then aq fkir positif,aq fkir "come on dania,sekali je ko dtg tempat ni,bila lagi nak cuba kan "..so aq pn kuatkan hati n try.and mmg terbukti,gila best parachute ni!! RSe macam burung,n korg akan nmpak laut hijau kebiruan,mmg sumpah cantik! Time aq parachute ni kat Batu Feringghi,mmg cantik la view dy.and dorang akan saja jew turunkan aq sket,supaya kaki aq boleh cecah laut,haha,mmg best!!!Mmg x akan lupa la !

Next, 3)Snorkelling ! Yg ni mmg dah lama aq teringin,asyik tengok kat tv jek,bila lagi aq nak buat? Well akhirnye dpat gak aq snorkelling mase g Pangkor trip 2014 dgn kwan2. 1st time snorkelling agak cuak,nseb baik ad abg lifeguard ajar cara snorkelling.Well,x de la susah sgat.Tapi bagi korg yg takot air,masa msok laut,mmg kaki x cecah dasar ye,sbb snorkelling best buat time air tgah pasang.Well,air tgah pasang,taulah kedalaman dy mcm mne kan.Aq mmg agak takot bila sedar kaki aq x cecah dasar,siap pegang life jacket abg tu x nk lepas.Lepas dy ajar cara terapung n practice sket,okay dy kata "okay,awk dah lulus.awk tggu kat tgah2 ni yew,sy nk amek kwan awk yg lain" and aq mcm what??? Ko nk tinggalkan aq sorang2 kew kat sni? Dy ajar x smpai 1 minit,pastu nak tinggalkan aq. so nak x nak,aq pn ddok jewla kat tengah,dah lama2 aq okay sdry sbb rmai orang jek time tu.Plus,aq berborak dgn lifeguard yg lain,n dorang siap bagi timun laut ntok aq pegang.Haha,mmg best ! Pengalaman snorkelling mmg best,tapi aq hye nmpak ikan bilis n ikan nemo jek.hahhaa,,sadis btol.Tapi ad 1 pgalaman x ley lupa,aq pegang roti atas tangan,berebut ikan datang nk mkan atas tangan.Time tu nmpak la gigi dorang,n terasa la geli sket,tapi aq tahan jek.Time balik bilik,aq  prasan tangan aq ad luka kecil,mula2 ingatkan langgar batu,but actually ikan gigit..hahha,kenangan :)

4)Scuba diving well,x lengkap snorkelling tanpa scuba diving kan? Scuba diving aq x prnah buat lagi,but mmg nak sgat.Apa bestnye scuba ni eh? Well,korg akn dapat tengok sdry keindahan hidupan bwah laut.Terumbu karang,ikan,mmg cantik.and if korg berani,boleh berenang dgn shark n penyu. :) Mmg awww teringin sgatttt. So next trip ialah ke Pulau Perhentian sbb dgar kata scuba diving kat sne best ! Dgar kata scuba diving ni kena ad lesen,but aq x sure sgatla if tourist yg x de lesen bole ke scuba diving.


Okay,habis psal aktiviti di air,skunk aktiviti di darat pula. No 5)ATV ride ohh yeah ! Ni mmg lasak,seluar akan kotor n mmg perlukan tenaga n kepakaran.Aq jatuh cinta dgn ATV ride ni sbb tgok tv. Bagi aq well,i should give it a try.Aq dgar if kat KL,ATV ride korg bole try kat Sg Kemensah.......kot? Hahaha..well aq da try ATV ride ni kat Bukit Merah,Perak. Pgalaman ATV ride bagi aq mmg best.Time paling mencabar ialah nak lalu dkat pokok yg hampir tumbang,dgn akar pokok yg berselirat di tanah.Time ni aq expect aq akan jatuh sbb laluan dy senget.But abg tu ckap,ATV x akan terbalik.So,aq pn beranikan diri n wow,i passs! Mmg bangga dgn pencapaian aq time tu.But,bila da habis,baru prasan,kotor sluar n selipar kena selut.SELIPAR??? hahha,yeah,aq mmg sgat x bersedia time naik ATV nih.dah eksited nmpak ATV ride,tros lompat atas ATV n pergi.hahaha(well,time ni aq 19 tahun,masih kanak2 ribena lagi)

No 6)Bungee jumping ohh yeah ! ad orang tye aq,"ko gila ke dania nk bungee jumping nih??" Jujur sejujurnye,dari kecik aq mmg minat bungee jumping.cuma x de peluang jek lagi.Yes,percayalah,aq mmg takut naik roller coaster,space shot ke solero shot ke,masok rumah hantu ke,tapi aq mmg die hard fan ntok Bungee jumping.Well,obviously,bungee jumping mmg mcm ko bunuh diri terjun drpd bgunan tinggi,but well,thats the challenge kan? Ko challenge sdry fear ko..iaitu GAYAT! hahaha.Aq dgar bungee jumping yg masih boleh tahan x gila kat Sunway Lagoon.Well,try yg tu dlu,if okay,baru boleh berangan nak bungee jumping kat Macau Tower keww..haha(pgaruh Running Man)


no 7)Skiing waaa yg ni mmg naaaaaakkkkk sgat! Jeles sbb smpai skunk pn aq masih x de pgalaman pegang salji ! Apatah lgi nak ski! Byak tgok kat TV jek,n tgok gambar kwan2 ski kat oversea.X pela,nnty dah smpai masa,hehe mmg nak buat,sbb? Terpengaruh dgn tv..:)


no 8)Hot ballon ride wahhh yg ni aq terpengaruh sbb tgok crite sains saintifik,ala mcm cite dinasour tuhh.Aq dgar kat Balkan ad hot baloon ride nih.Motif nak try? Sbb dari atas langit,korg boleh nmpak everything on land.Perasaan tu x dpat digambarkan dgn kata2..ahhaaaha(Mcm pernah jek naik)


no 9) Sky diving..ahaaha,,ko gila nak sky diving??? Yes mmg aq gila tahap x sedar diri dah.Aq sdry x pasti kenapa lah aq minat sgat dgn sky diving nih.Time aq dgar ad sky diving kat Genting,fuhh hati aq melonjak gembira nak try.Tapi bila aq tgok video,time sky diving nih org penjaga tu akn pgang ko,well aq mcm ragu2 sket.Plus,time tu aq bru lagi recover,x smpai 1 tahun.So,aq postpone dlu.Well,aq rse bila dah ckop tahap keberanian aq,mmg nk try sky diving nih.Its a one must thing to do while ur still alive..hahhaa.


Last but not least,10)rock climbing.hahaha well aq prnah try rock climbing,but malangnye aq x boleh nk pergi jauh.Sebab??? aq berat!! hahha,aq tgok orang yg naik smpai atas,best jek,so aq berazam nak naik smpai atas,n if berjaya,well aq rse dah termakbul la salah satu wishlist aq. :)


Actually,byak sgat sbenarnye yg aq nak buat.But,if aq senaraikan smue,sampai esok pn x habis type.Harap sgat semoga aq diberikan kesempatan oleh Allah ntok cuba pelbagai benda n dpat complete my wishlist.Well,aq baca dkat novel,plus berdasarkan apa yg kwan aq crite,if dah kahwin nnty,if dpat suami yg sekepala dgn kita bab2 mcm ni mmg lagi syok woh! Hahahaa,hopefully la aq pn dpat la suami yg suka buat bnda2 gila ni mcm aq,we can have fun together rite? Ckap psal kawin,mula2 malu,tapi aq sedar sdry well im 22,and rmai jek kwan aq dah kawen,plus Ahad ni ad majlis kahwin kwan aq pula.hahaha.:) Terasa diri dah tua. Moga2 aq diberikan kesempatan ntok tunaikan  my wishlist and also and the things i wish to do in my life :)aminnn.
Wahh,if dpat suami yg sama minat dgn kita,boleh buat aktiviti sama2..sweet gitew :)

Sunday, 16 February 2014

Pangkor Budget Trip

Burung Tiong,mmg ad byak kat Pangkor.1st time tgok,so aq agak jakunn sket,hehe
Di Kota Belanda.Ckop 4 orang dalam trip ni :)


Di Batu Bersurat.Orang dlu2 juz lukis kat atas batu jek,maybe time tu x reti menulis lagi kot

Snorkelling at Coral Island.Gambar semestinye diambil oleh abg lifeguard RM 5.hehe

Bnda hitam di tgan ialah timun laut.1st time pegang mmg geli,tapi cmel la pula timun laut ni,mcm pacat :)

Big marble.Jerit x ingat dunia :)

Banana boat,terjun dalam laut 2 kali.Time ni baru aq sedar yg aq x mampu nk panjat balik banana boat tu...:(

Round island,at 1 of private island in Pangkor

Snorkelling babes :)
Salam semua..entri kali ni juz specific pasal pangkor budget trip.Lepas penat lelah hadap buku ntok final exam sem 5,kenalah bercuti dgn kwan kann nk release stress(sangattt...)hahaha.semuanya berlaku tanpa dirancang.rsenye dlam awal bulan 12 bru ktorg plan.penat kumpul orang,last2 ktorg 4 orang jek dpat ikot(dania,meera,shima,nazirah).X kisahla,sbb ktorg faham trip kali ni pn last minute plus da nk akhir sem,so agak pokai sket.hehee.tapi mmg ktorg under budget gila2,soal selesa smue tolak tepi eh.ala2 backpackers gitewwww.

Lepas jew abis paper dlam hari rabu,esoknye 9 pagi ktorg dah naik bas ke pangkor.Seronoknye x usah cakap! Teruja aq smpai x boleh tido dlam bas.Dahla malam sblm bertolak tu,aq layan Running Man smpai kol 3 pagi.hahha,insomia melanda lagi.kotrg naik teksi dari uitm ke bus station seksyen 17,RM 6 satu teksi.so lepas bahagi 4 orang,sorang bayar RM 1.50. Duit bas transnasional ke Pangkor pula x silap aq RM 54 kot(sorry kertas total perbelanjaan da hilang).


Dpan kolej melati,tunggu teksi ntok ke bus station.nmpak x beg banyak,bekalan mkanan pn.hehehe,on tight budget haruslah begitu :)


Brtolak dari Shah Alam tepat jam 9 pagi(x sangka bas ni mmg punctual),then smpai perhentian Lumut jam 1.30 petang x silap aq.Smpai je Lumut,ktorg beli mkanan ntok tengahari,bungkus nk mkan kat chalet nnty.Then,naik feri ke Pangkor,tiket feri RM 10,pergi-balik.Dekat jeti,ktorg terbeli pakej aktiviti kat Pangkor nnty.RM100 ntok snorkelling and round island.Lepas bahagi 4 orang,RM 25 seorang.Skali dgn kereta sewa,RM 80 satu hari,so lepas divide,RM 20 sorang.Nasihat aq,jgnla terpedaya beli pakej kat jeti,sbb nnty kat pulau dorang ada buat pakej lagi murah,smpai snorkelling pn RM 5 jek!!! Menyesal x sudah bila ktorg tau.Tapi aq sedapkan hati,ckap x pe,kte kan bru 1st time kat sni :(

Okay,da smpai Pangkor,tros naik kereta,tapi tambah RM 10 sbb pakcik tu kononye dah isi minyak penuh.So,sorang kena bayar lagi rm 2.50 addition ntok minyak.Dgn penuh confidentnye dgn 1st timer kat sne,ktorg pn bwak la kereta.Ingat lagi,berbukit-bukau Pangkor ni.Dahla kereta mcm nazak jew,smpai naik bukit aq berdoa kuat dlam hati.Dah smpai Teluk Nipah,ktorg pn check in la chalet lepas penat bertelagah dgn org kat chalet.Patutnye kotrg book Flora Beach Resort,last2 dpat kat Palma Beach Resort.x kesahla,asalkan ad tempat tido.

Petangnye,lepas jamakkan solat,ktorg pn pergi round island dengan kereta.Kebanyakan jalan,ktorg tye penduduk tempatan n ikot signboard jek.Tapi,tambah lagi duit minyak RM 5,sbb pakcik tu tipu,x isi penuh pn minyak tu.Time ni,aq dah mmg sakit hati,dahla kotrg on tight budget,ada hati lagi pakcik tu nak amek duit.haishhh,manusia2...
Tempat pertama pergi,Kota Belanda.X banyak sgat pn istimewa tempat ni,sbb aq x sempat baca sejarah kat batu dia.sebuk amek gambar jek,hahha,sbb ada 1 group lelaki ni pn ada,so agak malu la sket.Lepas penat kena kaco n dorang sroh amekkan gambar ntok dorang,aq pn dgn beraninye sroh dorang amekkan gmbar ktorg,kenalah adil kan?Then,dorang lead ktorg ke Batu Bersurat,cehhh ingatkan jauh,kat tepi tu jek.Lepas say"goodbye" ktorg pn cabut ke kilang proses ikan,itupn ad penduduk tempatan yg lead jalan ke sana.Sgat baik budaknye,x putus2 aq ucapkan terima kasih.

Lepas dah penat mengembara,ktorg balik semula ke Teluk Nipah.Makan malam aq hyelah maggi dan bekalan makanan yg roomates aq sediakan(so sweeettt :),smbil layan movie kat TV.Ooh lupa,ktorg book bilik single kot,dy juz bagi 1 katil king size n 1 extra bed.So,dsebabkan ktorg semua kecil2,tidolah 4 orang atas katil tu.Malu tolak tepilah,hadang dgn bantal,sbb dah ngantok sgat.

Esoknye,aq bgon paling awal,sbb aq in-charge bahagian aktiviti.Ktorg mmg dah bahagikan tugas,supaya senang nak manage.Aq bahagian aktiviti,Meera bhgian accomodation,Shima bhgian trasportation.Apa yg ktorg blaja kenalah praktikkan,btol x? Mula2 ktorg mandi laut dlu,then main banana boat n big mable,total smue RM 50 sekepala.Tengahari lpas sembahyang Jumaat,round skitar Pulau Pangkor,RM 20 sekepala.Petang,snorkelling kat Coral Island n pusing pulau tgok batu,pakej kotrg dah amek masa kat jeti lagi.Tapi apapun,bagi aq smue aktiviti best,mmg susah sgat nak pilih mne yang best.Rsenye snorkelling kot paling best? Kotrg amek lifeguard jugak,RM 5 sekepala,lepas tu kotrrg buli abang lifeguard amekan gambar.Hahaha,haruslah kan?

Balik bilik,sempat beli kuih RM2,n jalan2 jew sekitar Teluk Nipah time petang dah nak senja.Nasihat aq,if korang dlam budget,janganlah beli makanan kat sni,sbb serius mahal.Tgahari aq beli nasi goreng pn RM 4,pastu air kelapa RM5,maaflah mmg x belilah walaupn mengidam sgat.Mlam,ktorg mkan maggi lagi,plus roti aq beli kat Giant RM 2.42.
Malam,x buat apa sgat,sbb dah penat,so smue tido awal.

Esoknye,check out jam 11 pagi,then naik van RM 15 ntok 1 van,RM 3.70 sekepala,smpai ke jeti.Sblm tu,shopping dlu kat pekan,aq juz beli udang kecil ntok mama n nenek,total shopping RM 33. Honestly,aq mmg x de mood sgat nk shopping,kecuali beli topi RM 9,tu pn lpas penat aq menawar dgn tuan kedai.

Jam 12.30 tgahari,ktorg pn bertolak ke Lumut naik feri.Sedih pn ada sbb cepatnye dah tinggalkan Pangkor.Walaupn trip ni last minute,juz 4 orang je join,ad msalah smpingan yg muncul,tapi overall aq enjoy sbb dpat buat smue aktiviti best kat sni.Plus,dpat harga murah compare dgn ktorg 4 orang jek.Dpat bantuan daripada local n abang bot yg mmg sgat baik hati.Mmg aq recommend sgat if korang nak ke Pangkor ni. :)

TOTAL PERBELANJAAN KESELURUHAN PANGKOR(SEKEPALA)CHALET =  RM 60
AKTIVITI=   RM 75
LIFEGUARD=RM 5
KASUT SNORKELLING=RM 5
KERETA SEWA =RM 20
MINYAK KERETA =RM 7.50
MAKANAN =RM 15.50
VAN KE JETI =RM 7.50
FERI KE PANGKOR =RM 10
TIKET BAS =RM 54
SHOPPING =RM 33
TOTAL =RM 292.50
if korang rasa still mahal,sorrylah ek,sbb ktorg 4 orang jek,so byak benda x dpat murah sgat.Plus,ktorg byak buat silap,contohnye beli pakej kat jeti,sewa kereta/Insyaallah,lepas dah baca entri ni,hope korang dpat blajar dripada mistake ktorg :). Insyaallah,cuti mid sem  ni,aq brcadang nak ke USS Singapore pula.Tapi tgah survey harga lagi.1 perkara yang aq sedar,holiday on budget mmg best especially dgn kwan2 ! Thanks for reading this entry :)